

♪♥M!sS... cAr!nG ♥♪
waaaaa...daaa nak alek ostel jup ag...
wahahwahawahha....mamau balek nk dok umah..!!..
hahaha...tapi kan besh jgak kn dok ostel...rmai kengkawan...ley gle2..hekhekhke..
fuhhhh...nsheb baek xm da abes...legaaaa..ley enjoy...
washaaaa....weeee...yeaYY...
^_^
Isnin, 27 Oktober 2008
>_<....waaaa...da nak balek ostel da
Dicatat oleh ♪♥♥m!sS-cAr!nG♥♥♪ di 10/27/2008 09:05:00 PTG 0 ulasan
Jumaat, 24 Oktober 2008
Novel bersiri : Maafkan Ryan,mama!! 1
“Tahniah Ryan!!! Kamu memang bagus!! Memang cikgu dah tahu kamu akan cemerlang dalam PMR ni. Kamu memang bagus,cikgu bangga dengan kamu. Pihak sekolah pun berbangga dengan pencapaian kamu! Pasti nenek kamu senang hati kan?” ucap Cikgu Irwan pada pelajarnya yang cemerlang itu.
Hari ini adalah hari yang paling bersejarah dalam sekolah itu setelahsalah seorang pelajar dari sekolah itu dinobatkan sebagai antara pelajar yang cemerlang dalam peringkat kebangsaan.
Seluruh isi sekolah itu riuh dengan berita yang disampaikan petang tadi. Adriana Maisara, pelajar cemerlang tersebut sering dihadiahkan dengan ucapan keramat sepanjang hari tadi.
“Terima kasih,cikgu! Kejayaan saya ni pun, jasa daripada cikgu juga. Saya ayng patut bersyukur dan berterima kasih pada cikgu yang selama ini sudi memberi semangat dan bimbingan pada saya,” tersenyum Adriana sambil bangun dari kerusi batu putih, sedikit terperanjat Adriana yang sedang merenung jauh itu dengan sapaan gurunya itu.
'Eh, bila pula cikgu ni kat sini? Tadi bukan dia kat atas ke?.. Ermm..nasib baik sedap juga mata memangdang tengok senyuman cikgu ni,' tersengih-sengih Adriana dengan kata-katanya yang hanya mampu terluah di hati sahaja.
“Ryan..Ryan..Adriana!! Kamu ok ke ni?” “Opocot...eh..ya cikgu,terperanjat saya!..cikgu ni kenapa jerit-jerit pula?” sedikit hairan dia dengan gurunya yang memanggil dirinya dengan kuat. “La, yang kamu tu melamun tak tentu pasal kenapa?.. Cikgu dah panggil kamu seratus kali dah,sapa suruh kamu tak dengar?” terluah ketawa mereka bersama. Adriana sudah biasa berjenaka dengan guru muda itu. Mereka agak rapat memandangkan Cikgu Irwan merupakan guru kelasnya.
“Ha'aahh...kamu buat apa kat sini? Sorang je?” tanya guru muda itu sambil mengangkat kening ,ingin tahu. “Saja ja ambil angin petang kat sini,cikgu. Tenang je. Sejuk hati ni.” Adriana sengaja merhatkan dirinya sambil melayan angin petang yang damai itu di atas kerusi batu di situ. Dia keletiha melayan wartawan-wartawan dan sahabat handainya pagi tadi.
“Kamu tak nak balik lagi,Ryan?” “Saya nak balik la ni,cikgu.” “Kamu balik naik bas ke? Jomlah cikgu tumpangkan. Cikgu pun nak balik dah ni. Lagipun lagi sejam baru ada bas nak ke rumah kamu tu.” “Eh cikgu terima kasih je la, susahkan cikgu je. Saya boleh tunggu bas tu,bukannya lama sangat pun,” “Eh takla, tak menyusahkan pun. Lagipun jalan rumah kita kan sehaluan. Jomlah kereta cikgu kat depan sana tu.” Adriana akhirnya bersetuju dan membuntuti langkah guru muda itu.
“Terima kasih banyak-banyak, cikgu,... Menyusahkan cikgu je” ucapnya sambil menutup daun pintu kereta Toyota Vios milik gurunya. “Sama-sama Ryan. Tak ada yang susahnya pun.” “Saya masuk dulu ya cikgu. Terima kasih dan Assalamualaikum,” ucap Adriana dengan senyuman yang tidak putus-putus singgah di bibirnya.
“Ya... Cikgu pun nak jalan dulu.. Kamu jaga diri baik-baik ya. Waalaikumussalam,” Cikgu Irwan melambaikan tangannya pada Adriana. Gadis itu sering dilihatnya tersenyum. Dia pun hampir terpikat dengan pelajarnya itu... Senyuman manis sentiasa menghiasi bibir mungil gadis itu tambahan wajahnya kelihata lebih matang daripada usianya, sekilas seperti pelajar universiti tetapi sebenarnya bersikap kebudak-budakan.
“Nek...nek...nenek!!..Nek!!!!” jerit Adriana lantang memanggil neneknya. “Ya Allah budak bertuah ni! Nek tak pekak lagi ni, nek ada kat dapur tu ha tengah masak. Ni apahal yang terjerit-jerit macam orang nampak hantu je ni?” tanya Fatimah pura-pura panik. “Ish...nenek ni ada pula hantu, tak nampak ke cucu nenek yang cun-melecun ni depan mata.” Adriana memeluk bahu neneknya sambil ketawa dan kemudian melepaskannya.
“Nek..Ryan dapat 9 A dan pelajar kedua terbaik kebangsaan,nek tahu tak!” luah Adriana sambil terlompat-lompat kegirangan seperti kanak-kanak yang baru diberi coklat. “Hai...budak ni, runtuh rumah ni karang, baru kamu tahu..ke Ryan sudi nak berkongsi rumah dengan ayam nek kat belakang tu? Ucap Fatimah cuba berseloroh.
“Nenek...nek dengar tak ni... Ryan dapat 9A nek..dan juga pelajar kedua terbaik kebangsaan!!” “Ooo ye ke? Alhamdulillah,syukur pada Allah. Nenek bangga dengan kamu,sayang. Tu la,sapa suruh cakap sambil terloncat-loncat macam kera je..manala nenek nak dengar,” Fatimah terus memeluk cucu kesayangannya itu sambil ketawa bahagia.
“Tahniah Ryan sayang... Kamu dah dapat capai impian kamu,Ryan. Nenek harap Ryan tak lupa diri. Nenek hanya ada Ryan je..nenek sayang Ryan,” bisik Fatimah perlahan di telinga cucuya sambil menitiskan air mata kegembiraan. 'Kalaulah ibu bapa Ryan masih ada kat sini, pasti dia orang gembira dan bangga dengan kamu,Ryan,” kata-kata Fatimah hanya terlekat di kerongkong sahaja dan tak mampu terluahkan.Tiada guna dia terus menyesali peristiwa lalu, apa yag sudah terjadi adalah suratan takdir Ilahi.
“Nek...kenapa nangis ni nek?.. Janganlah nangis,nanti Ryan pun nangis sama,” pantang Ryan melihat neneknya bersedih,pasti hatinya juga turut bersedih. “Tak ada papa lah...nek cuma terlalu gembira,”jawab neneknya menyembunyikan rahsia di hati. Mereka berdua memang amat rapat. Fatimah telah membesarkan Adriana sejak bayi lagi.
*************************************
'Aik, kereta sapa pula ni?... Tak pernah tengok pun? Buat apa kat umah aku ni?' tanya hati Adriana sendirian tanpa jawapan. “Assalamualaikum...nek!!! nenek...” Adriana memberi salam sambil menapak menaiki tangga yang agak usang itu. “Waalaikumussalam...masuklah Ryan..kita ada tetamu ni, kamu pergilah tukar baju dulu ye?” arah nenek padanya dengan wajah yang kelihatan sembab. 'Nenek menangis? Kenapa nenek nangis nie?' kehairanan menggaru hatinya namun diikutkan jua arahan neneknya dengan hati yang sarat dengan persoalan.
“Ryan,marilah duduk sini sayang.” Aku hanya menuruti kata-kata nenek dan beertenggek di sebelah nenek. Seorang wanita yang kelihatan agak berusia dengan pakaian yang berjenama tersenyum padanya. Sejak dia mula melangkah kaki ke dalam rumah tadi lagi, dia sedar yang ekor mata wanita itu sering mengekorinya. Adriana bersalam dengan wanita tersebut dengan hati yang tertanya-tanya.
“Sapa ni nek? Tak pernah Ryan tengok pun? Kenapa nek?..nek nangis ke?” ucapku separuh berbisik di telinga nenek. Petanyaan Adriana dibiarkan sepi dibawa angin. “Ryan, nenek ada satu hal yang penting nak beritahu Ryan...errmm..Ryan.. Ni mama Ryan yang sebenarnya, Syarifah Sofea ” ucap nenek perlahan dengan mutiara jernih yang mula bertakung di kolam matanya.
“Mama??? Mama mana pula ni? Nek ni bergurau pula tengah hari rambang ni..” Adriana ketawa dengan pernyataan neneknya sebentar tadi. “Nek tak buat lawaklah,Ryan...ni mama Ryan,mak kandung Ryan yang sebenarnya!” ucap Fatimah meyakinkan Adriana dan terus mematikan senyuman yang terlukis di bibirnya.
“Mama? Mama Ryan?? Ryan tak percayalah!!” Aku terus memandang wanita ayu di hadapan ku, dia tersenyum padaku. 'Apa semua ni??..Apa semua ni nek?' jeritku dalam hati. “Riana, ni mama sayang...percayalah ni mama Riana” ucap wanita itu mengharapkan kepercayaan Adriana.
“Huh,mama??!! Apa semua ni? Ingat Ryan boleh percaya? Boleh terima semua ni dengan mudah...dengan cepat?? What's all this? This happens so sudden. Ryan tak boleh terima semua ni macam ni je...” bentakku perlahan tetapi agak keras. 'Aku perlukan masa untuk semua ni...aku tak percaya..tak mudah untuk aku terima semua ni!! Kenapa baru sekarang?? Kenapa?? jeritku dalam hati seraya bangun untuk keluar dan bersendirian.
“Ryan...Ryan,dengarlah cakap nenek dulu sayang...biar nenek jelaskan semua ni..maafkan nek, Ryan...tapi Ryan janganlah hukum mama Ryan macam ni.” ucap Fatimah sambil teresak-esak. Aku memandang wanita itu sekilas,dia juga menitiskan air jernihnya menuruni pipi gebunya.
“Biarkan Ryan sendirian, nek...Ryan perlukan masa..” ucapku sambil menyapu mutiara jernih yang mengalir di pipi dan terus keluar berlari..berlari tanpa arah tujuan.
“Ryan...Adriana...Ryan” nenek cuba memanggilku namun kakiku teruskan jua melangkah. Biarlah aku sendirian menenangkan hatiku yang rawan saat ini. Aku terus melangkah hingga tiba ke suatu tempat berbukit. Saujana mata memandang kehijauan ciptaan Allah...indahnya..
Adriana terduduk di situ sambil menangis.... Dia leka menghadap ciptaan Allah yang maha luas di hadapannya...cantik!..dia dapat melihat seluruh isi alam di situ di atas bukit tersebut..Jalan raya semakin sibuk,mungkin masyarakat sedang dalam perjalanan balik dari kerja. Dia melayan menungannya yang amat panjang. Cukup panjang hingga mampu memisahkannya dari dunia realiti. Dia tidak lagi berada di situ. Dia berda jauh dalam dunianya. Sesekali dia membetulkan tudungnya yang ditiup angin petang.
Terasa nyaman menyapu wajahnya. Dia menghela nafas yang rasanya cukup berat. Seberat beban yang menimpa kepalanya saat ini. 'Kenapa semua ni berlaku?? Kenapa mesti sekarang? Kenapa tak dulu ibu aku mencari aku? Kenapa dia biarkan aku sendirian membuat spekulasi sendiri tentangnya?? Sampainya hati...Kalau betul dia ibu yang baik, dia tak kan buat aku macam ni.. Selama ni aku rindu kasih sayang seorang ibu...teramat rindu...Kawan-kawanku yang sentiasa ditemani ibu bapa saat memperoleh kejayaan..memeluk...mengucapkan tahniah..dan sama-sama menangis kegembiraan menangisi kejayaan...tapi aku?? Hidup aku gersang tanpa kasih sayang seorang insan yang bergelar ibu....seorang insan yang bergelar bapa..'
Dicatat oleh ♪♥♥m!sS-cAr!nG♥♥♪ di 10/24/2008 01:44:00 PG 1 ulasan